Friday 27 March 2015

Kau Bukan Begitu

Bila kau percaya pada diri,
mereka takkan ada selalu
di dalam bayanganmu.

Lihat tepat di dalam diri,
di setiap semua luka,
di setiap semua duka,
kau tetap di sini.

Pernah tersungkur
lalu jatuh
mencium bumi.

Tetapi kau
tak pernah mengalah.
Di setiap lelah,
kau bangun
tak mengalah.

Akhirnya, berdiri
walau dalam kesakitan.
Biar berdarah,
itu yang beri kekuatan.
Sakit itu hanya sementara,
itu yang membentuk kita.

Jangan sesekali
biarkan ia pudar.
Semangatmu,
usahamu.

Biarkan mereka
berkata,
kerana mereka
tak pernah tahu.
Di setiap jatuh,
di setiap bangunmu.

Asalkan di dada
kau tahu,
itu sudah cukup.

Kau bukan begitu.

27 Mac 2015, 2.01a.m.

-dz-

No comments:

Post a Comment