Thursday, 24 November 2016

Takdir

Cara kau
dan aku
berbeza.

Aku disini,
dan kau disana.
Bagai langit dan bumi,
takkan bersatu walau sekali.

Kau tetap ada,
dan aku tetap menanti.

Masa dan waktu,
akan tetap berlalu.
Rasa itu kini
mulai kaku.

Apakan daya,
tiada takdir buat kita.
Bersatu, bersama
dalam satu kisah cinta.

Yang tak mungkin akan wujud,
walau sekalipun kita mencuba.

14 April 2015 | 4.09p.m.
-dz-

No comments:

Post a comment