yang tak mungkin memahami diri ini,
walau diungkapkan berulang kali,
mereka masih tidak mengerti.
Terkadang mereka mengambil mudah,
perkara yang berkaitan dengan hati,
menyuruh itu dan ini
tidak sekali pun terdetik,
dalam akal yang mereka yang cetek itu,
untuk memahami dan mengerti.
Kita diberi akal,
untuk berfikir.
Kita diberi hati,
untuk merasai.
Kalau disakiti,
kita harap yang lain
turut merasakannya,
kerana kau mahu mereka memahami,
kesakitan yang kau alami.
Jikalau begitu,
kenapa tak mahu memahami?
Manusia memang sadis.
Manusia itu hipokrit.
Hati ini kadangkala letih,
menerima segala,
memahami segalanya.
Pada saat ini,
pada saat yang akan datang,
mungkin,
hati ini,
masih lagi boleh menerima.
Tetapi sampai bila?
15 Mei 2015, 2.30p.m.
-dz-
No comments:
Post a Comment