Tuesday, 5 May 2015

Tatkala Ini

Tatkala ini ku berasa sepi,
Dikala tiada yang menemani di sisi.
Semuanya pergi jauh,
jauh dariku yang kerdil ini.

Terkadang ku terfikir
kegembiraan itu
bukan bersama ku,
akan tetapi
bersama yang lain.

Yang lagi indah
dan petah,
dalam berbicara,
memetik kata-kata.

Mungkin itu yang diinginkan,
mungkin itu juga yang mahu didengarkan.

Aku hanya sekadar
tempat mendengar,
tetapi tidak pula sebaliknya.

Kerana jelas sekali,
apa yang ku rasa,
bukan seperti
apa yang mereka rasa.
Mereka hanya
memekakkan telinga,
memalingkan muka.

Sunyi.
Itu yang ku rasakan saat ini.


Tatkala hujan
membasahi bumi,
menjadi peneman sejati
hati ini.

29 April 2015, 4.31p.m.


-dz-

No comments:

Post a Comment